Pelbagai ekspresi wajah manusia dapat aku lihat jika aku menghabiskan masa ku di Pusat Pelajar , minda ku juga bermain-main dengan persepsi ku sendiri seperti "adakah dia lari kerana dia lambat?", "mengapa dia bersedih? mungkin bergaduh dengan kekasih hati?".... terlalu banyak persepsi ku sehingga mungkin tidak cukup jika aku tuliskan disini. Aku lihat kanak-kanak berlari-lari menunjukkan tiada yang menggundahkan hati mereka seperti manusia yang sudah dewasa yang sentiasa dikelilingi dengan masalah yang tidak pernah dapat diselesaikan.
*setelah sekian lama aku tak bersastera, haa! amek kau!
harini aku nak cerita pasal diri sendiri.
Serious bila makin kita dewasa makin banyak masalah timbul, memang jika diberi peluang untuk aku pulang ke masa aku kanak-kanak dulu sumpah aku takkan sia-siakan masa tu. Masalah aku, aku sentiasa #foreveralone. Aku taktau kenapa. Nak kata aku skema tak la skema, unik? aku rasa ada orang yang lagi unik dari aku, kalau pelik apa yang peliknya? aku pun nak tahu. Tak susah nak dekati aku, tambah lagi yang muka innocent tegur aku pun suara lembut-lembut serious aku layan dengan baik. Sejak aku datang Sarawak kawan-kawan aku dekat sini semua cakap dorang takut dengan aku, apahal oh nak takut? aku tak garang, aku tak makan orang, and aku biasa je. Yes i do agree if some people says that my mood swings a lot but seriously cuba tanya kawan-kawan aku dekat semenanjung semua cakap aku "cool" *tak perasan ada orang bagitahu :P*. Aku tak serious, aku bodoh-bodoh je tambah lagi kalau aku dengan orang yang aku rapat lagi terserlah kebodohan aku.
Almost 70% masa aku, I'm alone. Lagi 30% masa aku duduk dalam bilik dengan roomates and pergi kelas. Aku jalan sambil dengar mp3 bila jalan aku tunduk bawah, i smiled to certain people or people who smiled to me. Jadi aku fikir aku tak boleh nak salah kan orang lain jugak sebab punca dia datang dari aku sendiri. Perangai ini memang aku dah amal kan sejak azali lagi, so peratus untuk aku berubah jadi peramah sebanyak 20% macam impossible. Even kawan baik aku before aku rapat dengan dia pun aku tak suka dia. Spesis macam aku jugak. Tak susah jugak aku nak rapat dengan dia, kawan dia kawan dengan kawan aku then terus rapat sampai sekarang. Hati aku keras tapi mudah sangat lembut bila orang buat muka kesian, menangis serious aku hati aku cepat luluh. Aku tak boleh tengok kalau kawan aku sakit masuk hospital time aku gaduh dengan dia, aku tak boleh tengok kawan aku kena pulau time aku gaduh dengan dia walau kesalahan dia mampu buat aku bunuh dia. Serious aku tak boleh. Tapi tulah.... okay malas nak ingat masa lalu...
Everyday i try to be someone who have a heart like silk, never hold grudges, be forgiven, and talk nicely. But somehow i just can't be too nice, i can't never hold grudges, i can't have a heart like silk. Maybe i should stay the way i am :)
No comments:
Post a Comment