Friday, March 2, 2012

Kahwin kahwin......

Let's talk about MARRIAGE...

Ramai kan yang kahwin awal sekarang. Alhamdulillah takdelah kes baby dumping. Sekarang mostly kawan-kawan aku 70% of them will talk about kahwin. Yeah aku akui kahwin itu adalah sesuatu yang indah, siapa dalam dunia ni tak nak kahwin, haa! gila la tu. Tuhan jadikan setiap makhlukNya berpasangan termasuk lah kita manusia. Jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan... betul la tu memang tak dapat nak dinafikan lagi. Tapi sedar tak kita sebenarnya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal. Tahu kah kita yang Allah S.W.T itu bersifat Iradat yang bermaksud berkehendak atau menentukan. Meaning dia dekat sini adalah, benar jodoh kita telah ditentukan tetapi jika kita berusaha, sentiasa berdoa kepadaNya insyaAllah dia akan tunaikan apa yang kita hajati. But after kau dah buat semua ni masih jugak tak jalan, bermakna Allah telah menentukan sesuatu yang lebih baik untuk kau. Jadi jangan lah kau sampai nak bunuh diri atau putus harapan just because dia tak jadi kahwin dengan kau. Ya, memang sakit bila orang yang kau sayang bagai nak rak tak jadi kahwin dengan kau tapi kau kena fikir untuk jangka masa yang panjang, adakah dia betul terbaik untuk kau, adakah dia mampu sayang kau sehingga ke akhir hayat dia and etc etc... mungkin kau tidak cukup baik untuk dia dan dia tak cukup baik untuk kau. Tuhan tu maha mengetahui, Dia lebih mengetahui, sebab Dia yang ciptakan kita jadi jangan salahkan Tuhan bila kau tak dapat nak "sehidup semati" dengan dia. Aku tak faham kenapa ada yang sampai nak bunuh diri sebab kekasih hati kau tinggalkan kau, apa kejadahnya? apa yang kau dapat bila kau bunuh diri? hidupp balik? tak mungkin! balik ke masa silam? IMPOSSIBLE! jadi manusia sekalian alam sila lah gunakan otak anda yang bernas lagi penuh dengan information itu dengan baik ye. Okay ni dah melalut sebenarnya... hmm okay ramai dah sekarang ni kahwin muda. Kahwin muda topik paling hangat untuk anak remaja yang sudah melangkah umur 20-an. Apa perasaan kau bila nampak young married couple jalan-jalan pegang tangan, pergi kelas sama-sama, belajar sama-sama... sweet kan. Kalau kau kahwin muda, kau mampu tanggung family kau itu adalah perkara baik dan lagi digalakkan. Tapi kalau kahwin muda, duit takde, anak dah sorang, susu, lampin, barang keperluan keluarga pun ibubapa tanggung lagi sini aku nak bagitahu TAK PAYAH NAK GEDIK KAHWIN AWAL-AWAL LAIN KALI KALAU DAH TAU TAK MAMPU, KALAU NAFSU TU DAH TAK BOLEH TAHAN SANGAT PUASA!. Kahwin bukan mudah. Kau kena ada sikap tanggunggjawab as soon as kau akad nikah. Kau dah tak boleh berfoya-foya macam zaman kau memuda dulu. And takkan kau takda perasaan sikit pun untuk balas jasa ibubapa kau lepas kau habis belajar? dah la kau belajar lagi, duit yang ada pun duit PTPTN, kau tak rasa kan kau tambahkan 1 lagi beban yang berat macam trelar dekat parents kau. Tanggung kau satu hal, tanggung bini and anak kau lagi. Kalau ye pun habis kan belajar, kerja balas jasa ibubapa, berikan mereka kebahagiaan. Lepas tu kau nak kahwin, kahwin lah takde siapa pun nak halang kau.

Jadi kesimpulannya, tak salah kahwin muda. Serious tak salah. Tapi sekurang-kurangnya kau jangan susah kan ibubapa kau, kau tunaikan tanggungjawab kau dengan baik itu dah cukup. Sabar itu separuh daripada iman. Tak salah kalau kau bersabar dengan bahagiakan parents kau dan kau kahwin insyaAllah hidup kau bahagia dunia dan akhirat :)



*Nasihat untuk diri sendiri :)

No comments: