Aku....
Aku tak tahu yang aku terluka ke tak, aku... tak mampu nak klasifikasikan perasaan aku. Atau mungkin aku hanya bersembunyi dari perasaan aku yang sebenar atau aku tak mahu terasa terlalu terluka atau aku... Aku sering bertanya pada diri aku sendiri, mampukah aku untuk berdiri sekali lagi? mampukah aku untuk tempuhinya sekali lagi? Aku tak boleh menggambarkan berapa besar luka aku. Teman baik ku pernah bertanya
Teman: Ida, kau macam mana? okay?
Aku: Aku... okay. Aku dah lupakan dia
Teman: Cepatnya, macam mana kau boleh move on dengan cepat?
Aku: I guess i just forget it all the memories
Aku mempunyai sesuatu aku tak tahu lah kalau benda tu dipanggil kuasa atau bukan dan aku tak tahu kalau manusia lain boleh buat ke tak. Aku cuba padam sebahagian dari memori aku, segalanya tentang dia. Aku pernah buat sekali dan aku rasa tak mustahil untuk kali yang kedua. Mungkin sebab itu banyak kenangan aku masa lalu yang aku lupa sebab aku padam memori aku. I used to remember everyone's faces when i was in my teen ages but not anymore. Aku mampu menghafal semua orang punya nombor tapi disebabkan aku nak lupakan satu nombor aku lupakan semua nombor kecuali nombor parents aku.
Aku kelihatan tenang di hadapan semua orang, aku tak suka menangis dihadapan orang. Aku hampir meluangkan seluruh masa aku untuk tidur kerana itu adalah saat aku mampu tenang setenang-tenangnya selain dari bersujud kepada Tuhan. Keluar berseorangan sambil mendengar lagu-lagu yang berkait rapat dengan perasaan ku ketika itu.
Aku bersyukur kerana tidak begitu mengenali kau. Aku bersyukur kerana kita tidak selalu berhubung, dan aku bersyukur kerana kau membenarkan aku mengenali perasaan dihargai. Terima kasih atas segalanya. Betul kata kau mungkin kita boleh berkawan, tapi aku mohon berikan aku masa. Aku tak jamin berapa lama tapi insyaAllah satu hari nanti kita pasti akan berkawan.
Till then,
SSK
No comments:
Post a Comment