Wednesday, January 11, 2012

Confession

Kau takut akan rejection? kalau cakap pasal rejection siapa yang tak takut? tambah-tambah lagi kalau kau konfes dekat orang yang kau suka lagi tak boleh terima kalau dia reject. Pengalaman aku kena reject kalau ingat balik memang kelakar, dah la kena reject lepas tu kena ignore terus. Elok-elok kawan macam biasa terus jadi musuh dalam bantal eh kejap salah musuh dalam selimut.

Sebenarnya kalau nak ikutkan aku tak pernah konfes dekat orang pun maksud aku konfes dekat orang yang aku suka. Selalunya aku akan tunjuk hint sebab aku old school perigi cari timba. Jadi bila mamat ni dah faham yang aku suka dia, dia terus ignore aku. Aku tercari-cari jugak salah aku apahal dia sampai nak ignore aku. Aku frust jugak la yelah love at second sight. what to do orang dah tak suka kita pun cao la.

Kalau nak ikut kan tak salah timba cari perigi sebab lelaki zaman sekarang pun pemalu dia kemain kalah perempuan tak macam zaman dulu-dulu. hmm dekat sini aku nak cakap kalau kau rasa simpan perasaan kau lelama menyusahkan diri kau, kau luahkan dekat dia itu lebih baik walaupun kau kena reject at least kau jujur dengan diri kau sendiri. Kalau kau takut dengan rejection macam mana kau nak menghadapi dunia yang penuh dengan pancar roba argheoajkajhfjaghj ni? kau kena kuat! Mana tahu lepas kau konfes dia pun sebenarnya suka dekat kau, haa sekurang-kurangnya kau tak menyesal. Cuba kau tengok berapa banyak cerita cinta yang hampa sebab tak konfes awal-awal, kau nak aku senaraikan? aku bagi penampo pergi cari sendiri belambak. Semua menyesal sebab taknak konfes.

Satu lagi kalau kau dah tau dia tu pemalu tak reti nak konfes dekat kau tapi kau tahu yang dia sebenarnya suka dekat kau pergi jela bagitau dia "aku suka kau" tak payah nak ego sangat sampai nak tuggu dia konfes dulu.





*kalau takut sangat bagi gambar ni konfem dia cakap kau comel * -_-




*nasihat untuk diri-sendiri

Monday, January 9, 2012

Catitan Tentang Diri Sendiri

Tempat ini menjadi bahagian pusat yang dipenuhi pelajar sepanjang waktu baik di hari siang mahupun malam, tempat ini lah terletaknya klinik, jalur lebar tanpa wayar untuk mencari wancana-wancana ilmiah tetapi hampir ke semua manusia yang mengunjung ke sini pasti akan melayari muka buku, disini juga terletaknya perpustakaan, jambatan-jambatan yang menghubungkan ke blok-blok kelas dan juga bilik-bilk pensyarah.

Pelbagai ekspresi wajah manusia dapat aku lihat jika aku menghabiskan masa ku di Pusat Pelajar , minda ku juga bermain-main dengan persepsi ku sendiri seperti "adakah dia lari kerana dia lambat?", "mengapa dia bersedih? mungkin bergaduh dengan kekasih hati?".... terlalu banyak persepsi ku sehingga mungkin tidak cukup jika aku tuliskan disini. Aku lihat kanak-kanak berlari-lari menunjukkan tiada yang menggundahkan hati mereka seperti manusia yang sudah dewasa yang sentiasa dikelilingi dengan masalah yang tidak pernah dapat diselesaikan.






*setelah sekian lama aku tak bersastera, haa! amek kau!















harini aku nak cerita pasal diri sendiri.


Serious bila makin kita dewasa makin banyak masalah timbul, memang jika diberi peluang untuk aku pulang ke masa aku kanak-kanak dulu sumpah aku takkan sia-siakan masa tu. Masalah aku, aku sentiasa #foreveralone. Aku taktau kenapa. Nak kata aku skema tak la skema, unik? aku rasa ada orang yang lagi unik dari aku, kalau pelik apa yang peliknya? aku pun nak tahu. Tak susah nak dekati aku, tambah lagi yang muka innocent tegur aku pun suara lembut-lembut serious aku layan dengan baik. Sejak aku datang Sarawak kawan-kawan aku dekat sini semua cakap dorang takut dengan aku, apahal oh nak takut? aku tak garang, aku tak makan orang, and aku biasa je. Yes i do agree if some people says that my mood swings a lot but seriously cuba tanya kawan-kawan aku dekat semenanjung semua cakap aku "cool" *tak perasan ada orang bagitahu :P*. Aku tak serious, aku bodoh-bodoh je tambah lagi kalau aku dengan orang yang aku rapat lagi terserlah kebodohan aku.

Almost 70% masa aku, I'm alone. Lagi 30% masa aku duduk dalam bilik dengan roomates and pergi kelas. Aku jalan sambil dengar mp3 bila jalan aku tunduk bawah, i smiled to certain people or people who smiled to me. Jadi aku fikir aku tak boleh nak salah kan orang lain jugak sebab punca dia datang dari aku sendiri. Perangai ini memang aku dah amal kan sejak azali lagi, so peratus untuk aku berubah jadi peramah sebanyak 20% macam impossible. Even kawan baik aku before aku rapat dengan dia pun aku tak suka dia. Spesis macam aku jugak. Tak susah jugak aku nak rapat dengan dia, kawan dia kawan dengan kawan aku then terus rapat sampai sekarang. Hati aku keras tapi mudah sangat lembut bila orang buat muka kesian, menangis serious aku hati aku cepat luluh. Aku tak boleh tengok kalau kawan aku sakit masuk hospital time aku gaduh dengan dia, aku tak boleh tengok kawan aku kena pulau time aku gaduh dengan dia walau kesalahan dia mampu buat aku bunuh dia. Serious aku tak boleh. Tapi tulah.... okay malas nak ingat masa lalu...
















Everyday i try to be someone who have a heart like silk, never hold grudges, be forgiven, and talk nicely. But somehow i just can't be too nice, i can't never hold grudges, i can't have a heart like silk. Maybe i should stay the way i am :)









Percubaan Baru

Aku tukar background dan header. Harap semua terhibur dan senyum sentiasa.




dah macam blog pakar motivasi.




*Finding some ugly picture can gain my confidence


The End

*balik bilik aku nak melabur saham


Puaka vs Celaka

Lepas aku banyak luang masa aku yang ibarat macam emas ni dengan baca entry Abang Leplep otak aku penuh dengan kata-kata menyumpah, seperti..... -_-" tak perlu untuk aku sebut. Tapi entry leplep semua best, entry paling feveret "Gua, Babi, Setan dan Beruang". memang macam puaka.




Kakak aku yang baik hati sanggup belikan aku buku Kitab Terfaktab dan buku Hero. Aku nak mintak banyak lagi sebenarnya. Awek Chuck Taylor, Heroin, Sperma Cinta. Tapi setelah aku fikir yang aku dah pau kakak aku, aku nak BB hehe jadi tak sampai hati nak mintak bebanyak. Aku hairan jugak sebab dulu aku memang anti-BB LAWAK kutuk macam celaka pastu sekarang tetiba nak BB. Jilat ludah sendiri balik.






Aku tak faham kenapa lagu dekat Youth Floor ni semua scary -,-
















Setelah 2 jam aku duduk dekat Youth Floor ni, berbagai ekspresi baik dari wajah mahupun kelakuan aku lihat. Semalam pensyarah aku pesan "balik lihat teman-teman awak punya ekspresi sebelum menjawab quiz atau test, bagaimana dia handle stress dia and so on... " Disebabkan roomate-roomate aku takde test harini, aku jadikan makhluk-makhluk di Youth Floor ni sebagai experiment aku, tapi sampai sekarang sumpah aku tak dapat menilai lagi.

*okay aku dah mengarut.
















kelas petang ni sejam je.

*Celaka betul dia bantai pasang lagu Justin Beiber

Wednesday, January 4, 2012

Ketegaran

hmm, lepas je aku pulang ke Sarawak ingin la aku merajinkan diri update blog pabila aku dapat online. setelah sekian lama aku tak update blog, aku rasa kosong *ececeh KONON kosong.






okay topik harini ketegaran. apa itu ketegaran? asal dari perkataan tegar yang bermaksud keras kaku, tidak dapat dilenturkan, degil dan pelbagai lagi yang bersamaan dengan maksud diatas. '


apa kaitan dengan enty aku kali ni adalah ayat tegar ni sering digunakan oleh anak muda contoh:

Minah: Aku peminat tegar Aliff Satar
Munah: OMG aku pun peminat tegar dia!!
Minah & Munah: OMG OMG K-POP askhgrheogrheo.....


nampak tak kegunaan tegar tu......













okay serious aku tak faham. kenapa entry aku kali ni ketegaran.



err....


sebenarnya kan aku saja je tuh * muka bajet cool
aku tak terkejut kalau lepas korang baca ni korang buat muka macam ni


*uuuu takutnya



okay annoying. bai

Sunday, January 1, 2012

Going back to Sarawak

seriously i hate this and i don't want to go back, i want to stay here



*nampak tak "NO" besar tu?



an dwae!!!!!









Saturday, December 3, 2011

hari demi hari

apahal wa baru dengar cerita yang kajang banjir?! -,-
















aku decide on christmas aku nak balik aku nak surprise senanya tapi dah kalau aku balik sampai sana pukul 11 sapa nak ambil aku aku dekat airport kejadahnya. aku nak taknak je balik hmm kalau aku balik at least i can spend my time with my family and friends kalau aku tak balik aku lifeless homai penat duduk dalam bilik je tak ke mana. jadi conclusion nya walau apa pun aku tetap nak balik TITIK!













aku berapa harini asyik craving nak makan kepsi apahal?!, haritu sumpah aku melantak memang sampai nak muntah memang cari pasal dengan diri sendiri. konon kata nak diet haktuih! diet. angan-angan je nak puasa sunat la exercise la pshhh. tengok gambar dia!



*acane gua tak craving!






*dalam fikiran* kejap lagi jalan pergi belakang pergi beli kepsi