Monday, October 8, 2012

Ohoi dimana?

Salam, hai


Nampak gembira sangat

Alright, beberapa harini aku seperti layu-layu baju basah (tak bermaya) haha ntah pape je. aku tidur melebihi 8 jam sehari, aku malas, aku lambat, aku pusing-pusing dekat katil. apa semua ni?! bukan kata haritu nak berubah? ya! memang aku nak berubah. aku pun taktau kenapa aku macam ni, taktau nak cari mana punca dia biar aku buang sifat malas hingga ke akar umbi. -_-


Aku dah tak balik rumah selama 2 minggu, aku rindu rumah.



apa yang aku nak tulis sebenarnya ni?!
mungkin sekadar untuk menepati kuota beberapa hari tidak update blog.



hmm, okay taktau nak update apa. aku nak layan sinetron indonesia, hmm mood kali.




till then,
Siti Syahida Binti Kamaruddin




Wednesday, September 12, 2012

Day 24 – A photo of something that means a lot to you.





Mom and Dad :D

My siblings :P


My friends :)

Noktah Tak Bersempadan

Lupakan kau memang perkara yang paling susah untuk aku buat lepas 3 tahun aku masih teguh dengan pendirian aku yang aku takkan cari yang lain selain dari kau. Mungkin kau rasa aku tak serius, dan mungkin juga kau rasa aku boleh dapat yang lebih baik dari kau. Memang aku tak tahu sampai bila aku boleh tunggu kau, tapi aku berani jamin yang aku boleh dengan kau je walaupun dah banyak kali aku rasa give up dengan kau.

















Well we both the same, we believe in one God.
"Kalau ada jodoh tak ke mana"
Aku pegang janji tu. InsyaAllah aku doakan yang terbaik untuk kau. Selamat maju jaya.












*kau tahu mana nak cari aku, sebab lepas ni aku dah takkan cari kau lagi. Now it's time for you to decide are you going to look for me or just let me go.

Sunday, September 9, 2012

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

wow it's been a very long time for me to update this day by day work ni harhar! okay let's get started!





recently........


hmm rasanya tiada :D

-The End-

Wednesday, July 11, 2012

Situation.

It's been a loooong time since i updated my blog. It's not that i'm busy hmm. I have been through a big failure in my life and i don't even know how to explain it whether is this entirely my fault or it someone's else fault. All the closest tells me that maybe God didn't want me to take this road, but i feel it is always a wrong way for me to begin with. I shouldn't go to Sarawak, i shouldn't meet someone and fell for that person and etc. I knew from the beginning my intention are wrong, i knew it, it's just that i don't want to believe it because i thought the road i chose is the right one but apparently it is not. When i think about this it didn't give me a headache but it gave me pain, a pain that i couldn't describe. Of course that pain hurts me a lot. Mum said i should forget it and start a new life. "Past is past, don't let it haunt you. Sometime God wanted to test you, to see are you strong enough to handle His test and i believe you're strong. Forget the past, focus on the future never make the same mistakes again".



Thank you God for giving me a wonderful family and friends.






Saturday, March 17, 2012

Salah kau.. Eh tak! salah kau.

What do you feel when suddenly people around you talk to you differently? i mean like different feeling, different tones, different etc etc.. You feel weird right? lepastu banyak persoalan, aku ada buat salah ke? did i say something? Blabla. Then bila tanya oh takda apa, oh okay je, eh takde lah and so on. Why can’t you terus terang? It might hurt people’s feelings but honesty is the best policy. Bukan susah pun nak terus terang daripada kau kumpul sakit hati kau lelama lepas tu kau buruk dia depan orang lain, kau pura-pura depan dia. Kalau pura-pura kau menjadi tak pelah, ni nak tipu pun tak boleh. Kau ingat dia tak perasan ke kau bermuka-muka. Everyone can read people’s emotions, feelings, gestures whether you are happy, sad, angry and so on. Jangan ingat kau buat muka orang tak tahu. Kadang-kadang bila kita terlalu jaga perasaan orang, orang pijak kepala kita. Bila buat baik salah, buat jahat lagi tak payah cakap salah dia macam mana. Serious memang kena banyak sabar. Kita manusia selalu buat salah, tak salah kalau kau tegur kawan kau kalau kau sakit hati sangat. Macam lecturer aku cakap orang yang paling rapat dengan kita adalah orang yang sentiasa sakit kan hati kita. So kalau kau rasa besar sangat salah dia kau tegur dia, kalau dia tak boleh terima fine then at least kau jujur kau tak pura-pura then kau tak tambah dosa yang dah sedia banyak tu. Masing-masing Tuhan bagi akal untuk berfikir, boleh beza baik dengan buruk. Bila lagi nak belajar memaafkan? Takkan nak tunggu dah nak mati kot. Umur semakin meningkat, mati pun tak mengira umur. Jadi pandai-pandai la fikir sendiri.

*Nasihat untuk diri-sendiri J

Yang baik datang dari Allah S.W.T, yang buruk datang dari aku sendiri.

Friday, March 2, 2012

Kahwin kahwin......

Let's talk about MARRIAGE...

Ramai kan yang kahwin awal sekarang. Alhamdulillah takdelah kes baby dumping. Sekarang mostly kawan-kawan aku 70% of them will talk about kahwin. Yeah aku akui kahwin itu adalah sesuatu yang indah, siapa dalam dunia ni tak nak kahwin, haa! gila la tu. Tuhan jadikan setiap makhlukNya berpasangan termasuk lah kita manusia. Jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan... betul la tu memang tak dapat nak dinafikan lagi. Tapi sedar tak kita sebenarnya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal. Tahu kah kita yang Allah S.W.T itu bersifat Iradat yang bermaksud berkehendak atau menentukan. Meaning dia dekat sini adalah, benar jodoh kita telah ditentukan tetapi jika kita berusaha, sentiasa berdoa kepadaNya insyaAllah dia akan tunaikan apa yang kita hajati. But after kau dah buat semua ni masih jugak tak jalan, bermakna Allah telah menentukan sesuatu yang lebih baik untuk kau. Jadi jangan lah kau sampai nak bunuh diri atau putus harapan just because dia tak jadi kahwin dengan kau. Ya, memang sakit bila orang yang kau sayang bagai nak rak tak jadi kahwin dengan kau tapi kau kena fikir untuk jangka masa yang panjang, adakah dia betul terbaik untuk kau, adakah dia mampu sayang kau sehingga ke akhir hayat dia and etc etc... mungkin kau tidak cukup baik untuk dia dan dia tak cukup baik untuk kau. Tuhan tu maha mengetahui, Dia lebih mengetahui, sebab Dia yang ciptakan kita jadi jangan salahkan Tuhan bila kau tak dapat nak "sehidup semati" dengan dia. Aku tak faham kenapa ada yang sampai nak bunuh diri sebab kekasih hati kau tinggalkan kau, apa kejadahnya? apa yang kau dapat bila kau bunuh diri? hidupp balik? tak mungkin! balik ke masa silam? IMPOSSIBLE! jadi manusia sekalian alam sila lah gunakan otak anda yang bernas lagi penuh dengan information itu dengan baik ye. Okay ni dah melalut sebenarnya... hmm okay ramai dah sekarang ni kahwin muda. Kahwin muda topik paling hangat untuk anak remaja yang sudah melangkah umur 20-an. Apa perasaan kau bila nampak young married couple jalan-jalan pegang tangan, pergi kelas sama-sama, belajar sama-sama... sweet kan. Kalau kau kahwin muda, kau mampu tanggung family kau itu adalah perkara baik dan lagi digalakkan. Tapi kalau kahwin muda, duit takde, anak dah sorang, susu, lampin, barang keperluan keluarga pun ibubapa tanggung lagi sini aku nak bagitahu TAK PAYAH NAK GEDIK KAHWIN AWAL-AWAL LAIN KALI KALAU DAH TAU TAK MAMPU, KALAU NAFSU TU DAH TAK BOLEH TAHAN SANGAT PUASA!. Kahwin bukan mudah. Kau kena ada sikap tanggunggjawab as soon as kau akad nikah. Kau dah tak boleh berfoya-foya macam zaman kau memuda dulu. And takkan kau takda perasaan sikit pun untuk balas jasa ibubapa kau lepas kau habis belajar? dah la kau belajar lagi, duit yang ada pun duit PTPTN, kau tak rasa kan kau tambahkan 1 lagi beban yang berat macam trelar dekat parents kau. Tanggung kau satu hal, tanggung bini and anak kau lagi. Kalau ye pun habis kan belajar, kerja balas jasa ibubapa, berikan mereka kebahagiaan. Lepas tu kau nak kahwin, kahwin lah takde siapa pun nak halang kau.

Jadi kesimpulannya, tak salah kahwin muda. Serious tak salah. Tapi sekurang-kurangnya kau jangan susah kan ibubapa kau, kau tunaikan tanggungjawab kau dengan baik itu dah cukup. Sabar itu separuh daripada iman. Tak salah kalau kau bersabar dengan bahagiakan parents kau dan kau kahwin insyaAllah hidup kau bahagia dunia dan akhirat :)



*Nasihat untuk diri sendiri :)